Wednesday 27 April 2011

MACAM TAK CAYE??

Betul, ni bukan mimpi ye. Aku akan tinggalkan putrajaya lagi 2@3 hari je lagi. Emm sedihnye tapi nak wat camne itu yang terbaik untuk aku. Banyak kenangan kat sini walaupun baru 2 tahun keje kat sini.. Kawan2 sume 'best n sporting'. Tak tau lagi kawan2 kat tempat baru camne, risau gak nak pegi tempat  baru ni..

Tapi takpe zaman sekarang kan dah canggih. Banyak kemudahan yang boleh digunakan untuk bertanya kabar. Kawan2 jangan risau nanti saya 'upload' gamba baby baru nanti.Maklumla, dalam pantang nanti mesti boring gile tak tau nak wat ape.. Hehe walaupun banyak je keje lain yang boleh dibuat seperti bertungku dan lain2.. Okla sampai di sini coretan saya untuk pagi ni. Adam pun dah nangis nak susu kot

Thursday 21 April 2011

HAPPY B'DAY

HAPPY B'DAY TO MY BELOVED HUBBY.. WALAUPUN ABANG DAH TAKDE SAYA TETAP NAK WISH GAK..

SAYANG ABANG..

Wednesday 20 April 2011

MARI MENGEMAS

Harini aku tak keje akibat muntah dan CB(cirit birit). Tapi lepas makan ubat dah ok. Tak taula kenapa penyakit ni berjangkit. Mule2 adam, pastu adik aku si zeda, pastu aku, skang si mat pulak yang kene. Die sibuk ajak mak aku pegi hospital sebab dah tak tahan sakit. Skang ni diaorang sume pegi hospital tinggal aku ngan adam je. Aku pun cepat2 tidokan adam untuk wat keje lain.

Mase nila digunakan untuk mengemas barang, oh ye lupe nak cite.. Alhamdulillah aku dah dapat 'transfer' ke perak kat Jabatan Akauntan Negara. Rumah sewa pun dah dapat kat sane. Lepas ni aku kene mulakan hidup baru tanpa suami tersayang. Aku kene kuat untuk membesarkan anak2 aku.. Hmmm ape sedih2 ni, dah2 jom kita sambung mengemas baju yang banyak.

Monday 11 April 2011

GENAP SEBULAN


Harini genap sebulan pemergian suamiku yang tercinta ke Rahmatullah... Sampai harini aku rase macam mimpi yang dia sudah tiada di dunia ni. Dia pergi tanpa sebarang pesanan yang membuatkan aku tak sangke dia pergi begitu cepat. Cume ade sedikit perubahan kecil yang aku ingat setelah dia tiada. Ntahla kadang2 aku bertanya pada diri sendiri kenapa aku ditimpa dugaan sebegini.. Tapi bila difikir dengan waras, itu semua ketentuanNya.. Kita cume hambanya yang tiada kuasa untuk melawan segala takdirnya..

Tapi aku bersyukur kerana mak dan ayah aku masih ada di sisi disaat aku memerlukan. Begitu juga dengan adik beradik dan saudara mara aku dan suami sentiasa disisi. Kawan2 ofis pun banyak membantu aku.. Ape yang menguatkan lagi semangat aku untuk hidup ialah anak hasil perkongsian hidup aku dan arwah suamiku 'ADAM ERFAN' dan juga anak dalam kandunganku ini..

Tak mungkin aku lupa kenganku bersama arwah suamiku. Walaupun orangnya pendiam tapi suka mengusik aku, penyabar, bertanggungjawab dan sangat penyayang.. Ape yang paling membuatkan aku rase sedih sebab die tak sempat nak tengok anak yang bakal lahir ni. Terngiang2 kat telinga aku ni ' Adam ikut muka ibu, baby yang dalam perut ni biarla ikut muke ayah lak'. Aku iyekan aje, tapi sayang dia tak sempat tengok anak yang kedua ni.

Ya Allah kuatkanlah semangat aku untuk terus hidup dan membesarkan anak-anakku ini. Semoga aku berjaya mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Abang, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh abang. Saya sayang abang...Tapi Allah lagi menyayangimu...Alfatihah...


AYAH & ADAM..




ADAM & IBU..


Sunday 10 April 2011

SAYANG IBU, ADAM..

Adam Erfan anak sulungku hampir mencecah umur 11bulan semakin aktif dan ligat. Aku lak tengah sarat mengandung anak kedua yg sekarang dh nk msk 8 bulan.Geram tgk gelagat adam, tp ibu xdapat nk layan adam sepenuhnya sebab ibu dh semakin sarat.. Adam dh pandai merangkak, berdiri n baru nk belajar bejalan. Makin dekat nk dapat adik ni makin manje lak die. Adam pun dh pandai panggil "BU..." besnye.. Tp yang sedihnye, nantila esok aku sambung cite dh ngantuk ni sok nk keje...


ADAM DAN KERETA