Saturday 25 June 2011

Pantang

Alhamdulilah mengikut perkiraan aku harini dah masuk hari ke 30 aku berpantang. Maknenye tinggal lagi 14hari je lagi nak berpantang. Emm cepat gak masa berlalu walaupun rase bosan sangat nak habiskan hari-hari berpantang ni.

Emm tak sangke aku dah selamat pun besalin, dah nak habis pantang pun. Akif pun dah nampak makin tembam, geram lak tengok die. Tapi mate sepet cam cine. Diaorang kate ikut keturunan belah hasben aku atok die cine. Bile tengok muke Akif ni sayu pun ade.. Sian die tak sempat nak lihat wajah ayah dan ayah pun tak sempat tengok muke die. Tapi itu semua ketentuan Allah, aku redha..

Mase pantang ni banyak bende tak boleh makan. Telan air liur je tengok diaorang makan sedap- sedap. Aku sabar jela kan. Kadang-kadang dah tak tahan sangat aku rasela sikit nanti kempunan (macam orang mengandung lak kan). Takpe tinggal 2 minggu je nak habis ni. Harap-harap dapat habiskan pantang dengan jayanya.. Hingga bertemu lagi dah ngantuk wassalam..

Sunday 5 June 2011

NEWCOMERS

Salam kawan-kawan semua, dah lame saya tak menulis dalam blog ni.. Maklumla saya tengah berpantang sekarang ni. Alhamdulillah saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.9 kg di hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak pada 27 Mei 2011 @ 8.44pm. Syukur semuanya telah selamat..

akif erfan
Nama yang diberi ialah AKIF ERFAN sebab dah pening memikirkan nama apela yang sesuai nak bagi kat baby ni. Selamat aku tak pegi keje hari jumaat tu. Pagi tu aku pegi hospital untuk 'chekcup' sampai tengahari. Rase malas je nak pegi keje petang tu sebab bape jam je lagipun sian kat ayah nak anta n ambik nanti.

So, aku decide untuk EL je haritu. Petang tu aku tido sebab letih sangat. Bangun tido dalam kul 3pm camtu aku rase macam ade air kuar dengan banyaknye dari tut.. Aku cepat-cepat pegi tandas, pastu terus baagitau my mom. Die cakap itu tanda-tanda nak besalin, tunggu dia kuar lagi sekali kita siap pegi hospital.

Akif Erfan..
Lepas beberapa kali dia dah kuar aku, umi dan ayah terus siap-siap pegi hospital.Pukul 4.30pm sampai hospital tapi mase tu tak sakit lagi. Lepas diaorang cek jantung baby doktor ambik maklumat pasal sejarah mase mengandung. Macam-macam soalan ditanya. Aku dah naik bosan cepatla cek dah bape cm?? Pas habis disoal siasat doktor pun cek bukaan. Masa tu dalam kul 7.30pm..

Patutla tak sakit dah 5cm bukak. Mase tu labour room pun penuh, so diaorang letak kat bilik sementara. Tapi nurse cakap kalo dah tak tahan boleh je push kat situ. Memang pun aku tak tahan, lepas beberapa minit aku dah mula sakit kuat. Nurse kate kalo suami takde boleh ajak ibu teman. Alhamdulillah ade orang bagi semangat kat aku semasa melahirkan.

Akhirnya aku selamat melahirkan AKIF ERFAN ke dunia ini. Sayang Akif tak sempat lihat wajah ayah dan ayah pun tak sempat lihat wajah Akif. Takpela Akif semoga dikau menjadi anak soleh yang bakal mendoakan ibu dan ayah nanti.. Begitu juga dengan abang ADAM ERFAN.. Ibu sayang kamu bedua..


Adam Erfan..