Monday 11 April 2011

GENAP SEBULAN


Harini genap sebulan pemergian suamiku yang tercinta ke Rahmatullah... Sampai harini aku rase macam mimpi yang dia sudah tiada di dunia ni. Dia pergi tanpa sebarang pesanan yang membuatkan aku tak sangke dia pergi begitu cepat. Cume ade sedikit perubahan kecil yang aku ingat setelah dia tiada. Ntahla kadang2 aku bertanya pada diri sendiri kenapa aku ditimpa dugaan sebegini.. Tapi bila difikir dengan waras, itu semua ketentuanNya.. Kita cume hambanya yang tiada kuasa untuk melawan segala takdirnya..

Tapi aku bersyukur kerana mak dan ayah aku masih ada di sisi disaat aku memerlukan. Begitu juga dengan adik beradik dan saudara mara aku dan suami sentiasa disisi. Kawan2 ofis pun banyak membantu aku.. Ape yang menguatkan lagi semangat aku untuk hidup ialah anak hasil perkongsian hidup aku dan arwah suamiku 'ADAM ERFAN' dan juga anak dalam kandunganku ini..

Tak mungkin aku lupa kenganku bersama arwah suamiku. Walaupun orangnya pendiam tapi suka mengusik aku, penyabar, bertanggungjawab dan sangat penyayang.. Ape yang paling membuatkan aku rase sedih sebab die tak sempat nak tengok anak yang bakal lahir ni. Terngiang2 kat telinga aku ni ' Adam ikut muka ibu, baby yang dalam perut ni biarla ikut muke ayah lak'. Aku iyekan aje, tapi sayang dia tak sempat tengok anak yang kedua ni.

Ya Allah kuatkanlah semangat aku untuk terus hidup dan membesarkan anak-anakku ini. Semoga aku berjaya mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Abang, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh abang. Saya sayang abang...Tapi Allah lagi menyayangimu...Alfatihah...


AYAH & ADAM..




ADAM & IBU..


No comments:

Post a Comment