Monday 22 August 2011

BESDAY

Alhamdulillah semalam umur aku dah menjangkau 28 tahun. syukur masih diberi kesihatan yang sempurna dan masih diberi hayat untuk hidup di atas muka bumi ini. Harap- harap dapat melihat anak-anakku membesar sehingga mereka berjaya tapi kita hanya merancang perancangan tuhan tu kita tak tahu..

Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut bulan Syawal. Tahun ini bermulalah beraya tanpa suami di sisi. Memang sedih tapi itu semua ketentuan Tuhan kita tak boleh nak lawan.. Semoga roh abang ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Semoga aku dapat mengharungi hari-hari mendatang dengan kuat dan tabah walaupun tanpa suami di sisi. Syukur masih mempunyai ibu, ayah dan adik beradik yang banyak membantu aku.. Tanpa mereka aku tak taula aku ni nak jadi ape..

Monday 15 August 2011

SALAM RAMADHAN

Dah lame saye tak memblog. Ikutkan hati memang hari-hari nak memblog tapi ade je halnye maklumle anak kecik ni macam-macam ragam. Sedar tak sedar dah 15 ramadhan dah harini. Alhamdulillah setakat ni masih penuh lagi pose dan harap-harap dapat pose penuh tahun ni.. Kawan-kawan macam mane ?

Tadi pegi ofis jap sebab nak wat pengesahan dokumen. Pastu bos cakap alang-alang terus 'apply' cuti untuk raye. Alhamdulillah bos 'sporting' die bagi cuti stat 25hb, siap die yang tolong isikan HRMIS. Tapi die dah nak tuka unit lain pas raye ni. Mintak-mintak bos yang ganti die 'sporting' gak..

Selamat menjalani ibadah puasa, semoga amalan kita diberkati oleh Allah SWT..